Sunday, April 19, 2015



PROFIL GROUP KAMI

  • NURUL JANNAH MARZUKI
  • DHM 00018
  • ROSYA NURSHYAFIKAH BT ROSMAN
  • DPL 00070
  • SITI ZUBAIDAH BT RAMLY
  • DCA 00014
  • WANN HASMIRA BT CHE SARI
  • DHM 00017


alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.terima kasih diucapkan kepada sir abdul qayyum kerana banyak membantu kami dalam menyiaokan tugasan ini.kami memilih cameron highland sebagai tempat menarik di malaysia.akhir kata,semoga dengan adanya blog ini dapat membantu anda semua dalam mencari maklumat mengenai keindahan cameran highland.











Tuesday, March 10, 2015

PENGENALAN CAMERON HIGHLAND







Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal disemenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c

hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.


SEJARAH
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

KEISTIMEWAAN

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberiTumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

HOTEL

  • Bala's Chalet
  • Heritage Hotel
  • Century Pines Resort
  • Equtorial Hill Resort
  • Rosa Pasadena
  • Casa De La Rosa
  • De La Ferns
  • The Smoke House
  • The Lake House
  • Iris House
  • Star Regency
  • Rainbow Hotel
  • Shahzan Inn
  • Strawbery Park Resort
  • Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
  • Hillsview Hotel
  • Kavy Hotel (Budget Hotel)
  • Sri Pahang House
  • Ye Olde Smokehouse
  • Shal's Apartment
  • Parit Falls
  • New Garden Inn,Tanah Rata
  • Father's Guest House
  • Heritage Hotel
  • The Cool Point Hotel
  • Lakehouse House
  • Kalai Villa Apartment (Tanah Rata)
  • Country Lodge Hotel

TARIKAN PELANCONG
  • Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry.
  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.